Tanggal 15 februari 2010 aku di nikahkan oleh bapa mertua aku sendiri di masjid Taman Guar Perahu Pulau Pinang jam 2.00 petang di hadapan kadi daerah Seberang Perai Tengah.Ini bermakna aku telah menjadi seorang suami dan juga ketua kepada keluarga aku sendiri.Masa bujang macam-macam di angankan untuk majlis perkahwinan, tetapi selepas semua yang kita angankan itu telah menjadi kenyataan dan segala asam garam akan di tempuhi bersama.
Kadang-kadang aku takut juga kalau2 kawen xda income yang masyuk,tetapi semua tu hanyalah mainan syaitan.Allah dah janjikan pada setiap kaum adam dan hawa yang kawen pasti akan di berikan rezekinya .Apa yang aku harapkan lepas nie menjadi kenyataan dalam hidupku.Doa yang di panjatkan moga jodoh kami kekal abadi sehingga akhir hayat aku.Amin~~~~~
No comments:
Post a Comment